Friday, January 18, 2013

Siapa Sangka 5 Manusia Lembab ni Boleh Berjaya

Abraham Lincoln

Kisah Lincoln merupakan contoh klasik bagi orang-orang yang 
benar-benar gagal. Antara kegagalan beliau ialah 

* Gagal dalam bisnes pada tahun 1831.
* Dikalahkan oleh Badan Legislatif pada tahun 1832.
* Gagal sekali lagi dalam bisnes pada tahun 1833.
* Sudah berputus asa dalam hidupnya pada tahun 1836.
* Gagal memenangi pertandingan pidato pada tahun 1838.
* Gagal menduduki dewan pemilih pada tahun 1840.
* Gagal dipilih menjadi anggota Kongres pada tahun 1843.

Akhirnya pada tahun 1860 dilantik sebagai presiden Amerika yang ke-16 dan salah seorang presiden yang sukses dalam sejarah Amerika.





Adam Khoo

Dia merupakan seorang rakyat Singapura. Sewaktu kecil, beliau merupakan seorang pengemar tegar permainan video. Dan masanya banyak dihabiskan untuk GAMES. Adam Khoo juga dikenali sebagai seorang budak Vodoh. Ketika darjah empat, dia dibuang dari sekolah. Ketika masuk ke alam Sekolah Menengah, permohonan beliau untuk bersekolah ditolak oleh enam Sek Men terbaik di sana. Akhirnya, dia belajar di Sek Men paling teruk di Singapura. Prestasi akademiknya sangat teruk, tapi lama kelamaan dia semakin baik kerana tidak tahan dengan hinaan dari kawan-kawannya, hingga akhirnya dia memperoleh kejayaan di dunia perniagaan. Prestasi Adam di dunia perniagaan bermula pada Adam berusia 26 tahun. Dia telah memiliki empat perniagaan dengan nilai asetnya bernilai US$ 20 juta setahun.




Aristottle Onassis

Di sekolah, dia seorang yang Vodoh, suka mencari pasal dan berlagak seperti orang kaya. Tidak hairanlah mengapa beliau dibuang oleh beberapa sekolah yang pernah dimasukinya. Dia sering mendapat nombor tercorot di kelasnya. 

Salah seorang gurunya berkata:
'rakan-rakan sekelas memuji dia kerana sikapnya, tetapi guru guru dan keluarganya berputus asa. Dan apabila dia semakin menigkat dewasa orang-orang sibuk mengatakan bahawa dia akan menjadi seorang yang tidak berguna, dan tidak kurang juga yang mengatakan beliau akan berjaya dalam hidupnya.'
Walaupun prestasi beliau di sekolah semakin bagus, bakatnya untuk berniaga dan mencari wang telah nampak sejak kecil. Akhirnya dia menjadi seorang jutawan.




Bill Gates

William Henry Gates III, atau lebih dikenali sebagai Bill Gates adalah CEO Microsoft. Dia juga merupakan seorang yang dermawan melalui kegiatannya di Yayasan Bill & Melinda Gates. Dia tersenarai sebagai manusia terkaya di dunia di dalam majalah Forbes selama 13 tahun (1995 hingga 2007). Siapa sangka dia sebelumnya pernah dibuang dari Harvard dan bekerja sebagai Office Boy.






Albert Einstein

Dialah Ilmuwan terkenal pada abad ke 20, Beliau terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga merupakan salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka semasa kanak-kanak, beliau seorang budak yang lambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga begitu lalai dalam pelajaran.


Kalau kat Malaysia sekarang ni mesti dah kena bayar hutang PTPTN sebab tak dapat 4 flat... :) Tapi sekarang ni kalo takda Diploma, Degree, Master, PHD tak boleh pergi jauh jugak. Lebih baik gagal selepas mencuba, itu lebih baik daripada tak cuba langsung.

USAHA TANGGA KEJAYAAN


No comments:

Post a Comment