Tuesday, January 22, 2013

Logo- Logo Terkenal Dunia dan Maksud Disebaliknya

AUDI
Empat bulatan dalam logo tersebut membawa kepada maksud 4 syarikat berlainan iaitu DKW, Horch, Wanderer dan Audi yang merupakan sebahagian Konsortium Kesatuan Auto pada 1932.


APPLE
Logo Apple yang menunjukkan sebiji epal yang telah digigit sebenarnya di ambil dari sebiji buah dari "Tree of Knowledge" mengenai kisah Adam dan Hawa dalam kitab Injil.



AMAZON
Anda mungkin tertanya-tanya sebab apa terdapat anak panah dalam logo Amazon yang menghala dari abjad 'A' ke 'Z'. Sebab sebenar bagi kehadiran anak panah tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa semua benda yang dijual dari 'A' ke 'Z' ada di Amazon.  Selain itu, anak panah tersebut juga boleh mewakili satu senyuman.Logo Apple yang menunjukkan sebiji epal yang telah digigit sebenarnya di ambil dari sebiji buah dari "Tree of Knowledge" mengenai kisah Adam dan Hawa dalam kitab Injil.




BMW
Logo bulat pada logo BMW yang kelihatan seperti kipas kapal terbang yang sedang bergerak manakala warna putih mewakili udara.  Ini kerana BMW merupakan pengeluar enjin untuk kapal terbang tempur Jerman semasa perang dunia Ke-2.




BR
Baskin Robbins menawarkan 31 jenis ais krim buatannya. Nombor 31 tersebut tersembunyi diantara huruf B dan R.




IBM
Garisan putih yang melintasi logo IBM ini menyerlahkan bentuk tanda 'sama', yang membawa mesej "kesaksamaan".




Logo FedEx walaupun nampak ringkas namun mempunyai makna yang tersembunyi di dalamnya.  Jika anda perhatikan dengan teliti huruf 'Ex' di dalam logo tersebut, anda akan mendapati terdapat satu anak panah putih di tengah-tengah abjad 'E' dan 'X' yang menghala ke kanan.  Anak panah ini membawa maksud pentingnya dalam menuju masa hadapan.




Logo ini melambangkan zodiak pemilik (Kerbau = Taurus), Ferrucio Lamborghini. Dia juga pecinta pertunjukkan matador.




3 berlian melambangkan 3 armada kapal yang dimiliki oleh pengasas syarikat ini pada waktu awal didirikan.






Mungkin yang ada dalam fikiran tentang logo ini yang hanya gambar seperti Alpen Swiss? Toblerone berasal dari Bern, Swiss, sebuah bandar yang digelar Kota Beruang. Sekarang tengok logonya sekali lagi.  Ada beruang tak disitu?




Lambang kuda Ferrari yang terkenal berasal dari lambang Ace (pesawat terbang) Angkatan Udara Itali ketika perang dunia 1, milik Count Francesco Baracca.  Lambang ini ditulis di samping pesawatnya sebagai pembawa kejayaan.





Gambar tanduk dan garis merah hitam adalah lambang tentera Kerajaan Wruttemberg (abad pertengahan). 
Stuttgart adalah bandar kilang perusahaan Porsche.





Logo yang mempunyai bintang 3 bucu ini, yang terdapat tempat kosong di antara bucu ini mewakili air, darat dan udara.  Ini bermakna Mercedes dominan ke atas ketiga-tiga elemen ini.






Logo yang mudah lagi bermakna dari Mobil ini dicipta dari warna merah dan biru.  Warna merah di dalamnya menunjukkan 'kekuatan' manakala warna biru menunjukkan kesetiaan dan keselamatan dalam syarikat.






Logo syarikat automotif terkenal di Jepun ini mempunyai tiga bulatan elips. Setiap satu bulatan elips ini mewakili hati pelanggan, jantung produk dan jantung kemajuan teknologi serta peluang tanpa had di masa hadapan.





Toshiba dibentuk pada tahun 1939, merupakan hasil gabungan dari dua perusahaan. Tokyo Denki adalah perusahaan yang bergerak dibidang consumer goods dan perusahaan mesin Shibaura Seisakusho.  Mengambil beberapa huruf didepan dari masing-masing perusahaan "TO" dan "SHIBA" maka lahirlah jenama Toshiba.




Yamaha memakai lambang 3 garpu tala kerana pada awalnya mereka adalah pengeluar alat muzik.
Garpu tala berguna untuk mengatur nada pada alat muzik.




Pengeluar automotif Jerman, Volkswagen mempunyai dua abjad di dalam logo nya iaitu 'V' dan 'W' yang membawa maksud 'Volks' untuk rakyat dan 'Wagen' untuk kereta.




No comments:

Post a Comment