Friday, May 18, 2012

Datuk mabuk/ buat kecoh


Ni bukan filem terbaru dia, dan bukan juga video klip miming lagu orang lain, kali ni Datuk yang dianugerahkan oleh kerajaan Melaka dah buat kecoh kat stadium Wakanabeb! LOL

Mumbai Cricket Association (MCA) telah menggantung Shah Rukh Khan daripada menghadiri perlawanan di Stadium Wankhede.
"Kami telah membuat aduan terhapad Shah Rukh Khan di Marine Drive Police Station akibat perbuatannya." Kata Setiausaha Agung MCA Nitin Dalal.
Bintang Bollywood itu terlibat dalam perselisihan dengan pegawai keselamatan dan wakil MCA setelah para piminat pasukan yang dimilikinya Kolkata Knight Riders membuat kekecohan dengan Mumbai Indians.

"Dia telah membuat kekecohan dan mengasari pegawai keselamatan dan wakil MCA termasuk presiden Vilasrao Deshmukh setelah perlawanan kirket IPL antara KKR dan Mumbai Indians. Kami telah membuat keputusan untuk menggantung beliau selama-lamanya daripada memasuki stadium kami." kata Ravi Savant, bendahari MCA yang yakin beliau mabuk. KKR telah menang besar ke atas MI dalam perlawanan terakhir di Stadium Wankhede pada hari Rabu dan Shah Rukh Khan dan para pegawai keselamatannya telah mula bergerak ke padang. "Para pegawai keselamatan MCA telah menghalangnya kerana perlawanan belum berakhir dan ia telah mencetuskan perselisihan antara mereka. Para pegawai keselamatan beliau juga telah menindak dengan kasar."

Walaubagaimanapun pengerusi IPL  Rajiv Shukla mengatakan yang keputusan terakhir hanya akan diambil setelah mengambil pandangan setiap pihak.
"Saya akan menimbang pandangan MCA, Shah Rukh Khan dan pihak polis sebelum membuat keputusan." Katanya kepada wartawan. Sumber


No comments:

Post a Comment