Thursday, May 24, 2012

Cit Cit Cit

Gambar Hiasan (Kg Megat Dewa,Kedah)


Seboleh mungkin ceriakanlah hidup kita setiap saat dan waktu. Formula untuk dapatkan keceriaan sepanjang hari ialah berasa ceria pada awal pagi. Senyum walupun tak boleh senyum. Ketawa walaupun tak boleh ketawa. Tipu minda kita kononnya ni tak ada masalah walaupun kita ni serabut dengan masalah dan busy giler. Tengok cermin dengan penuh yakin bahawa aku okey, alright dan luar biasa bagus. Usah bangun tidur, terkejut dengan tidur, Cit Cit Cit! Sudahlah tak doa, cit, cit, cit. Macam tak bersyukur ALLAH bangkitkan drpd kematian yg sekejap.

Bacalah doa, "Alhamdulillahilazzi akhyana ba` da ma amatana wa ilaihi nusyur", Maka terbukalah ikatan  syaitan yg pertama, kemudian masuk bilik air ambil wuduk terbukalah ikatan yang kedua dan angkat takbiratulihram, terbuka ikatan ketiga. Buat tak? Mari kita ketawa, tak boleh ketawa pun senyumlah. tahulah sedang berada dalam bulan yang amat sibuk dan kewangan yg mengopakkan, tapi ketawalah untuk kelihatan stabil


"Lebih baik memaki diri sendiri drpd memaki orang, sebab memaki diri sendiri itu motivasi sedang memaki orang itu sengaja mencari maki" - Dr. HM Tuah

No comments:

Post a Comment