Saturday, October 1, 2011

FILEM-FILEM MELAYU YG AKAN MUNCUL DI PAWAGAM

INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI FILEM FILEM MELAYU YANG MENJENGUK DIPAWAGAM NANTI..HARAP KOME BAGI  SOKONGAN TERHADAP INDUSTRO FILE MELAYU..WALAUPUN 85% ENDINGNYA X CAPAI MATLAMAT.:)



 Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.



 06/10/2011
Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya  sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan 




 01/12/2011
Sinopsis:
filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.





 22/12/2011
Filem Satu Malam Kubur Berasap ini mengisahklan 3 sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakan dan tersangkut di kampung mereka. Atan seorang lelaki yang dikategorikan sebagai budak yang agak lembap, lurus bendul tetapi rajin dan ringan tulang membantu orang kampung. Di kampung ia mengambil upah membantu segala urusan pengebumian mayat samada menggali tanah kubur, membuat keranda, memotong kain kapan dan sebagainya.Bun, seorang kutu rayau yang suka merempit dengan motor kapcainya. Hobinya adalah mengacau minah-minah kilang yang pulang dari kerja tiap-tiap malam. Mie, lelaki kacak dan segak. Menetap di Kuala Lumpur. Ada tunang bernama Lola. Pet, seorang pemandu lori ayam. Selalu berjalan malam. Bersuara sengau tapi berlagak dan suka cakap besar terutama melibatkan hal-hal mistik dan hantu. Beranggapan dia tak pernah takutkan hantu. Keempat-empat sahabat ini telah diganggu oleh Hantu Cempaka dan juga kenakalan Jerdil dan Tocai yang suka menyakat empat sahabat ini. Pak Akub, tauke warung dan juga bomoh dikampung telah muncul bersama Atan and the geng disitu. Pak Akub mahu segera menamatkan isu hantu Cempaka yang dianggap cuba menakutkan orang kampung





 15/12/2011
Sinopsis:
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan  wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.





 24/11/2011
Sinopsis:
Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.




 27/10/2011
Filem ini mengisahkan tentang bagaimana seorang pengetua yang bernama cikgu Zaaba, berusaha untuk membentuk sikap dan perangai lapan orang pelajar yang mewakili dua kumpulan atau kelompok kaya dan sederhana. Permusuhan yang berterus selama bertahun-tahun ini berubah apabila seorang pelajar cemerlang dari KL namanya Adriana Abdullah. Ibu Adriana, Syafinaz adalah kawan guru disiplin sekolah tersebut iaitu cikgu Fadzilah. Cikgu itu adalah seorang guru yang mengambil berat tentang para pelajarnya terutama mereka ini semua. Pertelingkahan antara kumpulan Shariff dan Daniel bermula apabila kumpulan Daniel bertembung dengan Shariff yang sedang menunggang motosikal arwah datoknya. Mereka mengejek-ejek Shariff dan memalukan dia di jalan raya.





 8/12/2011

DATIN GHAIRIEYAH atau lebih dikenali sebagai DATIN GHAIRAH adalah balu kepada arwah DATO MAHFUZ seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. EMELIA dan EMELDA adalah hasil perkongsian hidupnya selama hamper 20 tahun bersama Dato Mahfuz. Walaupun hidup dalam serba kemewahan, meraka berdua amat lemah dalam pelajarannya terutamanya mata pelajaran matematik,ini membuatkan Datin Ghairieyah mengarahkan setiausaha kerjanya MELISSA mencari seorang guru yang boleh mengajar mata pelajaran matematik melalui internet dan iklan dalam akbar tempatan.Selama hampir dua tahun status janda yang disandang oleh Datin Ghairieyah sedikit pun tidak melemahkan dirinya untuk meneruskan empayar perniagaan peninggalan arwah suaminya Dato Mahfuz,dia semakin ghairah untuk memperluaskan empayer perniagaan dengan bantuan CAPT.(R)LOQMAN seorang bekas pegawai TLDM yang berpengalaman serta mendapat sokongan daripada CIK MELISA sebagai setiausaha kerjanya,ENCIK FAIZAL dan ENCIK HAIRIE penyelia di syarikatnya.Kehidupan seharian Datin Ghairieyah dan anak-anaknya bertambah terjamin dengan adanya seorang pegawal peribadi yang bernama BADRI atau lebih dikenali sebagai BOB. SUFIAN seorang ahli perniagaan,dia juga merupakan rakan karib arwah DATO MAHFUZ.SUFIAN sedaya upaya cuba untuk memikat DATIN GHAIRIEYAH demi kepentingan perniagaannya.





 10/11/2011
Di sebuah kampung bernama Kampung Bukit Lalang yang terletak di sempadan Malaysia Thai,10 KM dari garisan sempadan Thailand. Seorang peniaga bernama Abu Zakaria telah datang ke kampung ini dan berkahwin dengan Rubiah seorang wanita kaya di kampung Bukit Lalang. Selepas itu Rubiah menghantarnya ke Turki untuk belajar ilmu agama, tetapi bila dia pulang ABU ZAKARIA membawa 
pulang seorang perempuan GRO berbangsa Turki yang dijadikan isteri keduanya. Kepulangannya ke kampung membawa sedikit perubahan pada dirinya.Dia telah menyerapkan unsur- unsur penyelewengan serta menyesatkan sebahagian penduduk kampung itu. ABU ZAKARIA telah menubuhkan markaznya sendiri yang diberi nama MARKAZ KHALIFAH dan mengelarkan dirinya sebagai ABU YA. Sejak terdirinya Markaz Khalifah ini, semakin ramai pengikut dari berbagai bangsa, agama atau pun keturunan yang mengikut ajaran sesat ABU YA. Dengan kebolehan luar biasa yang dipelajarinya semasa di Turki itu membuatkan ABU YA lebih kuat dan berkuasa. Dia bernikah lagi dengan Adawiyah anak seorang pejuang pemisah PATTANI dan mempunyai seorang lagi isteri bernama Suraya.






22/10/2011
Shamsudin adalah seorang pelukis. Beliau bercadang untuk memasuki ke sebuah kampung untuk mencari ilham untuk melukis. Setelah berada di kampung itu untuk beberapa hari, Shamsudin mengalami pelbagai insiden yang pelik. Mak Jah berjaya memaksa Shamsudin untuk bersumpah supaya akan sentiasa menjaga Mak Jah. Shamsudin mula merasa pelik apabila ada yang memberitahu bahawa Mak Jah sebenarnya telah mati…

credits to macho.com bahagian perfileman

No comments:

Post a Comment