Friday, August 5, 2011

RISIKO YANG DIHADAPI AKIBAT PEMAKANAN TIDAK SIHAT



Puasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi semua umat Islam yang berkuasa tanpa mengira lelaki, perempuan, tua ataupun muda sebagai menyempurnakan rukun Islam yang ketiga. Di samping menunaikan ibadat kepada Allah subhanahu wa ta’ala dengan harapan ganjaran yang dijanjikan, melalui puasa individu muslim itu akan mendapat kekuatan spiritual dan latihan disiplin diri terhadap tuntutan nafsu.

Di bulan ramadan kita gemar membeli makanan segera yang tidak mengandungi sebarang nutrisi yang baik untuk kesihatan sehingga sistem badan menjadi lemah, tidak bertenaga, mudah pitam dan boleh mengakibatkan pengsan.

Makanan bergoreng, bersantan, berkolesterol tinggi dan mengandungi gula yang banyak menghasilkan lemak berlebihan yang akan berkumpul di sekeliling salur darah. Ini mengakibatkan tekanan darah tinggi, sakit jantung dan diabetes kerana jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah keseluruh badan. Makanan yang dibakar atau dipanggang pula mengandungi bahan kimia merbahaya yang menghasilkan radikal bebas dan bertoksik dalam badan.

Amalan pemakanan yang tidak sihat juga boleh menjejaskan proses pencernaan yang menyumbang kepada masalah seperti sakit perut, cirit-birit, pedih ulu hati dan angin berlebihan. Sistem pencernaan yang terganggu boleh mempengaruhi penyerapan nutrien dan kesihatan badan.

Ramadan adalah bulan yang paling baik untuk kita merebut peluang melakukan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapat keredhaan Illahi. Maka amatlah penting untuk kita mengekalkan tahap kesihatan supaya berada di tahap optima dan penuh bertenaga. Pengambilan suplemen yang halal dan bersesuaian amat disarankan kerana ia membantu mengembalikan kesihatan tubuh dengan lebih baik dan berkesan. Kalo larat bersenam watu bulan ramadahan ni dalam seminggu sekali pon jadilah. Makanan manis pulak jangan akan banyak sangat sebab makanan manis akan membuat perut kita cepat lapar. Hmmmm!


No comments:

Post a Comment