Monday, August 15, 2011

Goodbye Francesc Fabregas Soler


"We have been clear that we didn't want Cesc to leave and that remains the case. However, we understand Cesc's desire to move to his home town club and have now accepted an offer from Barcelona. We thank Cesc for his contribution at Arsenal and wish him future success."

8 tahun tempoh Cecs bersama Arsenal, disunting oleh wenger pada tahun 2003 ketika umur dia baru 16 tahun.Kini Cecs pulang semula ke Barca dengan DNA yang baru. Untung Barca. Walaubagaimanapun kurang jelas anggaran harga yang dipersetujui tapi mungkin dalam lingkungan 35-40M. Persetujuan yang telah dimetrai hanya menunggu kampung boy menyelesaikan personal terms dan medical. Wenger dalam nada sugul dan kecewa sesudah baru2 ini melahirkan rasa gusar tentang persepsi umum bahawa Arsenal mungkin akan dipandang sebagai feeder club jika perkara berterusan berlaku hanya mampu mengeluarkan penghargaan kepada pemain yang dianggap sebagai anaknya dibawak merantau berdikari sejak remaja lagi dari bumi Catalan. Dari segi gol2 pulak, 57gol dalam 303pen ampilan bersama Arsenal, tapi antara yang tidak dapat dilupakan adalah sepakan thunder bolt di WHL yang menggegar kedai2 mamak di Malaysia, larian 11 saat dari tengah padang selepas sepak mula kedua ketika bertemu Spuds, dan jaringan di San Siro yang disambut bersama Wenger dengan penuh emosi bagai antara seorang bapa dan anak. Sebenarnya itu hanyalah sekelumit daripada apa yang dipersembahkan selama ini oleh Fabregas.




No comments:

Post a Comment