Tuesday, May 3, 2011

SUMMARY OF PART tigeee


End of semester three!! sebuat ramai-ramai, tigeeee.... senyum pon u`all!! :) babai part tigeee. banyak pahit manis ku tempuhi semester ini! Full of commitment la katakan. Januari pembuka tahun berjalan dengan lancar, awal-awal sem masih relax je gitu, kelas awal-awal sem ni tak main la kan. Lagi-lagi kelas pagi huh...
Naik bulan Februari dah mula dah busy dengan Program Silat Gayong, lepas je paper work MALAM PAHLAWAN GAYONG dah diluluskan je 1st meeting pon bermula, selaku ketua projek macam-macam nak kena handle. Tiap-tiap minggu ada weekend meeting dengan Cikgu Kudus dll. Memang tak senang duduk gua sampai lah bulan March.. Macam-macam kerja perlu buat baik dari surat jemputan, surat sponsor, surat spotlight, surat kpd fasiliti dan macam-macam lagi hoi. Email sini email sana hingga lah ke peak time 26 MARCH 2011.

MALAM PAHLAWAN GAYONG 2011

Kerja berjaya diagihkan dan berjalan dengan rapi walaupon agak kelang kabut, penat wat raptai tak sempat nak wat persembahan, sibuk duk ekskot Datuk Ahmad Maslan dari Ledang Inn.
In this month juga aku dan semau yang mengambil ujian pelangi hijau lulus dengan jayanya!! Malam sebelum MPG tu kami dianugerahkan dengan bengkung hijau oleh Cikgu Kudus.
Seminggu lepas tu on 2nd April 2011!! Wahh!! masih segar dalam ingatan, kaki aku kiri retak (bahagian 1st and 2nd toe) berpunca ketika training silat aku try mengambur than trus front flip sekali salah landing ouch!!! kaki aku disahkan retak oleh Dr. Raihan (masih ingat lg nama dia) di klinik Segamat than aku dihantaar ke Hospital Segamat naik ambulans UiTM, pakcik driver tu kata aku yg merasmikan ambulans baru tu! Tak payah nak bangga sangat lah kan! Dibawa ke hospital untuk disimen...

Bapak lama sial tunngu turn kat hospital!! Faham-faham sendiri la kan, dia bawak pegi x-ray semula, last-last dia kata kaki u ok, x payah simen pegi ambik ubat kat sana ye dik!! Thank God.. What a release... mc 12 hari! Time ni dah nak dekat final exam kaki retak 2hb final 20hb. Cunn! Pegi test bertongkat, ke mana bertongkat!! Seminggu je bertongkat pastu dah boleh jalan! Kasi urut ngan Bobby memang tak boleh bla! Pergh!! Sakit mcm baru kena... Anyway tq Bobby.
26hb malam birthday aku, party dengan classmate! birthday party dan jamuan kelas. Masing-masing tukar hadiah! Habis je final 30hb terus balik Brother John pick up aku nak balik kg tapi nobody home, straight ke JB lah. Tolong Brother John kat gerai Steam Boat dia sehari dua baru balik kampung, rest! Seminggu je! 11hb Mei - 19hb Mei nak ke UiTM balik for Kursus Intensif Persediaan Silat Seni, Karisma 2011.. 20hb - 29hb baru naik sem semula.. welcome part 4!


Student yang sangat rajin!! DL dak ni.. ahakz!



ni lah untungnya kalo birthday sama-sama, satu kelas pulak tu.


alo alo alo comel nye budak ni!!


tahniah!!


Ni demo masa malam kebudayaan UiTM Johor pd 21 March kalau tak silap . demo terbaik setakat ni. Ni je mampu buat, :)

3 comments:

  1. bangganya saya abg epi. tersenarai masuk. hahahaha. *kelam kabut epi bukan kelang. haha

    ReplyDelete
  2. muka aku masuk la weyh..pekh bgga!! bangga!!

    ReplyDelete
  3. bahasa pasar la boby...
    nanti aku post muka ko sarang je nak wawa??? haha

    ReplyDelete