Wednesday, March 9, 2011

BUKTI CINTA KEPADA MASJID.




1)Mengamalkan solat berjemaah.
Seperti yang kita ketahui solat jemaah amat dituntut oleh Rasulullah sehinggakan Rasulullah ingin membakar rumah orang yang tidak solat berjemaah. Juga Rasulullah berkata pergilah solat berjemaah walaupun terpaksa merangkak.

2)Melakukan solat tahyatul masjid.
Solat ini boleh dilakukan apabila kita memasuki masjid sebagai tanda kita menghormati rumah Allah S.W.T.

3)Menjadikan masjid tempat menuntut ilmu samada fardu ain atau kifayah.
Sebenarnya didalam masjidlah tempat yang paling mudah untuk kita memperoleh ilmu.Ini kerana apabila kita mengikuti kuliah-kuliah yang dianjurkan secara tidak langsung kita memperoleh sedikit ilmu. Jika hendak dibanding ilmu Allah dengan manusia jauh bezanya seperti yang disebutkan dalam surah Al-Kahfi:ayat 109 .

4) Suka beriktikaf didalam masjid.
Apabila kita memasuki masjid perlulah berniat beriktikaf.ianya bertujuan untuk menambahkan amalan kita walaupun kita tidak melakukan apa-apa didalam masjid.

5)Melaksanakan aktiviti di perkarangan kawasan masjid.
Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah kenduri kahwin,nikah dan majlis doa selamat.Apabila perkara kebaikan dilakukan di rumah Allah InsyaAllah keredaan-NYA akan kita peroleh. Dan apa yang lebih penting ialah disitu kita nampak pengimarahan masjid bukan hanya sekadar tempat beribadat sahaja.

No comments:

Post a Comment