Monday, December 20, 2010

CERITA 2 X 5 = SEPULUH

Cerita satu
Satu negara naik rimas,lemas, cemas dan cuak dengan gejala sosial yg bagaikan tsunami melanda identiti remaja pada masa kini. Macam-macam style dan gaya. Dari potongan rambut yg pelik berduri-duri, lelaki yg bersubang, rambut yg asyik bertuka color (sesumpah kata "eleh, tiru aku le tu"). Fesyen berpakain yg berkonsepkan arus muzik dan penyanyi pujaan hip-hop la, metalla, rock la. dondang sayangla, dan entah apa-apa lagi entah. Kasut yg berbagai jenama dan ciri. Belum diambil kira aksesori tubuh lagi tu. Hampir semua ketua keluarga dan ketua rakyat kita naik risau dan suspen dibuatnya (sayang la katakan, tu yg ambil peduli tu). Nak ke mana remaja masa kini? Apasal mudah sangat mereka terpengaruh? Tapi kadang-kadang cuba kita imbas dan flashback balik masa zaman kegemilangan mak bapak kita. Zaman agogo rambut ala Beatles, zaman pop yeah yeah, zaman ozzy osbon, rambut ala Jefry Din dang datang lagi, muzik funky, rock & roll dan macam-macam lagi. Siapa yg memeriahkan? Mungkin mereka (mak bapak la) Gaya rambut afro bak sarang lebah nasib baik zaman mak bapak kita xde yg dread lock kan!! x lupa juga selauar bell bottom mereka! Siapa yg turut mempopularkan?? Mungkin mereka! Siapa yg bikin pusing kepala tok-tok guru tentang gelagat anak-anak muda waktu mereka dahulu? mungkin mereka!




Kalau gitu la gayanya, 2x5 ajelah kita dengan mereka dahulu. Cuma ibu bapa membesar di zaman dahulu, rosaknya cara sekaranglah. Yang pasti dua-dua terpengaruh dan tuding jari ke remaja kini - mencari slah dan silap mereka. Cari punya cari, punca kesalahan tu dalam diri ibu bapakita dahulu. Ini tidak, asyik nak salah kan remaja kini saja. Tak ad pedoman hiduplah. Rapuh pegangan agama lah. Asyik nak enjoy aje lah dan macam-macam lagi. Eleh, orang tua kita dahulu pon gitu jugak. Cuma mungkin sekarang kudrat mereka dah nak expired. Tak larat nak meligat dan merewang macam budak-budak sekarang...

macam ni lah baru best!!


cerita dua tu nantilah ye....

1 comment:

  1. like !! klw lyn Beatles orite gk!! twist !! hahahha

    ReplyDelete