Monday, June 28, 2010

LELAKI LAWAN KELEMUMUR



kajian mendapati kulit kepala lelaki lebih berminyak berbanding dengan perempuan. sebab itulah, lelaki lebih terdedah untuk berhadapan dengan masalah kelemumur.ya! kelemumur... Pun begitu jika kamu mengamalkan penjagaan rambut yang betul, masalah kelemumur ini dapat diatasi. Cara terbaik adalah dengan bersyampu setiap hari. Sekiranya kelemumur masih sukar dihilangkan meskipun rambut telah dicuci setiap hari. Cuba beralih pada syampu yang dirumus khas untuk rambut berkelemumur.
ha.. head and shoulder pon ok! mahal tapi berbaloi takpe....


Bagi kesan yang lebih optimum,syampu rambut kamu dua kali setiap kali cucian. Cucian yang pertama untuk mencuci, menghilangkan kesan minyak dan kelemumur pada kulit kepala. Bilas sebelum syampu untuk kali kedua. Cucian kali kedua ini adalah untuk membiarkan rumusan pada bahan perawat di dalam syampu dapat menyerap masuk pada kulit kepala. selain itu, kamu juga boleh menggunakan cara tradisional untuk menghilangkan masalah ini. Kamu hanya perlu campurkan dua sudu besart cuka bersama enam sudu besar air. Kemudian, sapukan pada kulit kepala dan balut dengan tuala bersih. lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman. Lakukan sekali lagi ketika kamu bangun dari tidur iaitu sebelum kamu membilas rambut dengan air bersih.

TRY LA KALO BERANI...
JGN TAKOT...

No comments:

Post a Comment